BILAKAH WAKTU SESUAI TEMPAH KAD KAHWIN??
Bakal pengantin yang masih tertanya-tanya
bilakah waktu paling sesuai untuk mereka menempah kad kahwin.
Sebenarnya anda digalakkan menempah kira kira 3-4 bulan lebih awal
sebelum tarikh perkahwinan. Kenapa yea?????
Menempah di saat-saat akhir mungkin akan
menyebabkan tempahan anda ditolak. Terutama sekali jika anda berkahwin
di musim cuti persekolahan. Waktu itu memang ramai pasangan yang akan
datang menempah terlebih awal. Ini bagi mengelakkan kelewatan dan kad anda dapat diedarkan dengan sempurna.
Menempah di saat akhir juga banyak
keburukannya. Bukan sahaja anda lewat mendapat kad kahwin yang ditempah
tetapi anda juga kesuntukan masa untuk mengedarkan kad jemputan kahwin.
Kesilapan tulisan dan ayat juga mungkin berlaku pada kad kahwin jika
kelam kabut menyemak draf kad yg dibuat. Segalanya akan jadi serba tak
kena. (Biasa terjadi kalau last minutes nie…)
Menempah kad perkahwinan terlalu awal juga
kadang-kadang mendatangkan masalah juga. Mungkin anda akan bertukar
tarikh dan tempat yang kita tidak ketahui di masa hadapan.
Jadi buatlah perancangan sebaik baiknya
sebelum anda mengambil kata putus menjemput sanak saudara, rakan &
sahabat ke majlis gemilang yang bakal anda raikan nanti.
Pastikan yang terbaik untuk hari istimewa anda.
Peringatan tulus mesra ini seikhlasnya daripada "Kad Kahwin Ekonomi".
Terima kasih.