Waktu Tempahan


                    BILAKAH WAKTU SESUAI TEMPAH KAD KAHWIN??

 

Bakal pengantin yang masih tertanya-tanya bilakah waktu paling sesuai untuk mereka menempah kad kahwin. Sebenarnya anda digalakkan menempah kira kira 3-4 bulan lebih awal sebelum tarikh perkahwinan. Kenapa yea????? 

Menempah di saat-saat akhir mungkin akan menyebabkan tempahan anda ditolak. Terutama sekali jika anda berkahwin di musim cuti persekolahan. Waktu itu memang ramai pasangan yang akan datang menempah terlebih awal. Ini bagi mengelakkan kelewatan dan kad anda dapat diedarkan dengan sempurna.


Menempah di saat akhir juga banyak keburukannya. Bukan sahaja anda lewat mendapat kad kahwin yang ditempah tetapi anda juga kesuntukan masa untuk mengedarkan kad jemputan kahwin.Tambahan lagi, kalau anda menempah kad kahwin last minute tapi mahukan kad pada waktu yang tidak masuk akal akan dikenakan "CAJ URGENT" yang akan merugikan anda semula..

Menempah kad perkahwinan terlalu awal juga kadang-kadang mendatangkan masalah juga. Mungkin anda akan bertukar tarikh dan tempat yang kita tidak ketahui di masa hadapan.

Jadi buatlah perancangan sebaik baiknya sebelum anda mengambil kata putus menjemput sanak saudara, rakan & sahabat ke majlis gemilang yang bakal anda raikan nanti.

Pastikan yang terbaik untuk hari istimewa anda.
Peringatan tulus mesra ini seikhlasnya daripada "Kad Kahwin Ekonomi". 
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Sebarang kemusykilan, boleh tinggalkan komen anda... :)